Followers

Sunday, June 28, 2009

naufal dan motor baru nye....




ini lah wajah2 ceria naufal setelah mendapat motor polis hehehe motor ni di beli di mydear warehouse sale. pg2 sabtu lg ibu dh pesan kt abah kita mesti gak beli motor tu ye la teringin sgt lps tgk motor fawzan n abg hafiy yg comel tu. tp bila p time hr cuti org mmg la sgt ramai, bersesak2 nk pilih brg so ibu mls nk tgk2 brg lain lps dpt apa yg dihajati kita trus je blk umah..maklum le dh janji dgn mama fawzan nk p kenduri kawin anak jiran kitorang...

cite psl motor baru ni, naufal kaki tak smp sgt so ibu atau abah la yg kena tolak motor tu utk bergerak..sakit ler belakang ibu nk tolak naufal oi..cpt la besar ble main sdr..harapan ibu jaga la motor tu baik2 n jgn plak berlumba motor dgn fawzan n abg hafiy ye...

Sunday, June 14, 2009

Pengorbanan seorang insan bernama abah....



B
ersempena hari bapa yang akan disambut tak lama lagi, ibu rasa nk buat entri psl abah dgn harapan bila naufal dh boleh membaca naufal boleh la baca catatan ibu ni...

Selalu kita bercakap tentang besarnya pengorbanan seorang ibu tapi pengorbanan seorang bapa pun tiada galang gantinya..sejak naufal dilahirkan abah la insan pertama yg mengucup naufal dan melaungkan azan ke telinga naufal, tambahan ibu ditempatkan di wad yang lain hanya dapat melihat naufal pd hari kedua..naufal begitu kecil dan nyenyak tidur di dalam inkubator..hati ibu tersentuh. ibu tak pernah ada pengalaman mengendalikan baby, lucu sgt bila nurse meminta ibu menukarkan pampers naufal tapi ibu takut nak pegang naufal yang telalu kecil dan masa tu abah la yang tukarkan lampin naufal. abah siap ajar ibu lagi macam mana nk tukar lampin naufal n balut naufal semula dgn lampin heheh ibu memang tak reti pun masa tu...

Disebabkan naufal terpaksa tinggal di wad sehingga berat naufal 2kg, ibu hanya berpantang di rumah sendirian. Mengikut perancangan ibu nak berpantang di rumah mak mertua iaitu nenek nopal le tu. maklumle ibu kan anak yatim piatu..tapi bila perkara terjadi tak seperti yang dirancang ibu berpantang kat rumah kita je la..abah la yang menjaga ibu, mengurut ibu, sediakan sarapan pg, tengahari plak abah akan terkocoh2 blk rumah n masak untuk ibu lepas tu pergi tempat kerja semula. petang pun sama, abah akan masak utk ibu..malam plak abah akan pergi ke hospital melawat naufal dan menghantar susu yang ibu perah..itu la rutin abah selama sebulan.sekali sekal ibu akan ikut abah ke hospital menjenguk naufal..klu boleh ibu nak lawat naufal setiap hari tapi ibu tak kuat sangat sebab bersalin secara ceaser. ibu lihat abah memang kepenatan tapi abah tak pernah mengadu depan ibu..

Ibu rasa terharu dengan pengorbanan abah naufal..dan bila ibu tanya abah dia rasa terbeban tak menjaga kita berdua..abah naufal kata dia sanggup buat apa saja utnuk kita berdua..menjaga naufal selepas di bawa pulang ke rumah pun bukannya senang..naufal sgt suka meragam kuat menangis berjam2 lamanya sampai ibu rasa serabut sgt tiap kali naufal nangis, abah la jugak dengan sabar mendukung naufal sampai naufal tertidur semula..biasanya ibu dan abah akan bergilir2 menjaga naufal setiap malam..klu dh teruk sgt naufal menangis ibu dan abah sama2 berjaga malam..ibu kagum dengan abah yang boleh menguruskan rumah masa ibu berpantang walaupun tak la perfect sgt tapi sekurang2nya kurang la beban ibu..padahal abah naufal anak bongsu yang manja tapi bila dah jadi abah ni terus jadi lebih bertanggungjawab..

Abah naufal bukanlah seorang lawyer, doktor ataupun engineer tapi ibu nak naufal tetap bangga mempunyai seorang ayah seperti abah yang telah banyak berkorban untuk naufal dari sejak naufal dilahirkan sehingga kini..ibu harap naufal akan sentiasa mengenang jasa abah dan akan menjadi anak yang menjadi kebanggaan ibu dan abah..

Bersempena hari bapa ni ibu juga nak wish kat abah..Happy Father's Day sayang..

Friday, June 5, 2009

naufal oh naufal...

hari ni skali lg ibu n abah bw naufal ke ppum utk jumpa doc bg melihat perkembangan naufal..awal2 lg kita dah smp tp org dh ramai jd jd lambat la juga dpt giliran. berat naufal ms timbang td 7.4kg je ketinggian plak 70.9cm. ikutkan naufal dah 1 thn 1 bln. n klu ditolak dgn 6 mggu sbb naufal bb premature kira2 skang umur naufal 11 bln lbh le.

doc ckp paras hormon thyroid naufal berada pada paras yg agak normal..lega ibu..tp doc ckp naufal ni underweight klu bb normal berat tu utk bb umur 6 bln..doc ckp lg perkembangan naufal pun perlahan sikit..sbb naufal masih belum boleh berdiri sendiri, belum bercakap suku kata yg ade maksud, fizikal tak membesar spt yg sepatutnya..ibu jd bertambah runsing bila doc ckp mcm tu..doc plak suggest ibu buat check up pendengaran naufal takut2 dia tak dengar sepenuhnya..ibu rs selama ni naufal mmg alert dgn bunyi2 dr yg slow smp le plg kuat..tp memndangkan doc dh syorkan ibu rs patut buat la jg, mana la tau klu2 ade mslh..selain tu doc tu pun bw ibu jumpa pakar pemakanan utk bantu ibu memastikan apa yg naufal mkn selama ni merupakan makanan seimbang..pkr pmkn tu ckp apa yg ibu bg mkn kt naufal ok cuma susu perlu bg sekurang2nya 600ml sehari..pening dh kepala ibu naufal mmg langsung taknak minum susu ape2 pun, selama ni ibu campur susu naufal dlm nestum or roti je..nmpaknya kena berusaha lg la ibu..

hari ni juga doc amik urine test naufal utk tgk ada jangkita ke tak sbb doc ckp ade 3 kemungkinan kenapa naufal x cukup berat badan, mslsh thyroid tu, jangkitan or diet naufal..ibu harap urine test tu ok le risau gak..tp lg risau bla tgk naufal yg tak membesar seperti yg sepatutnya ni..ibu rasa sedih sgt..kadang2 rasa kenapa la ibu di uji mcm ni. tp bila2 pikir blk ibu patut bersyukur sbb naufal sihat dan aktif cuma terbantut pembesaran je.. ibu kena cuba lg sedaya upaya bg naufal susu x kira mcm mana pun lepas ni, bg naufal multi vitamin n ibu pun dh bg naufal supplement utk perkembangan otak..harap2 naufal akan mampu jd cerdas dan bijak spt budak2 lain..ibu sentiada doakan kesihatan naufal..dan tak kira apa kekurangan naufal ibu akan tetap menyayangi naufal tanpa berbelah bagi...

naufal la permata hati ibu dunia dan akhirat...

Thursday, June 4, 2009

tag dr mamazahra plak...

tag ni daku dpt dr mamazahra..pun dh lama tp br skang smpat jwb ..ampun yer...

1. Snap the picture of both inner and outer of your purse




2. Introduce your purse brand, price & where you buy.

heheh bab ni yg malu sikit ni..brand imperial horse (yg tak ori).beli kat pasar mlm kat kota damansara ( ala uptown) dengan harga rm50..ibu suka purse ni sbb dia leather, tahan lasak n ada zip...

3. Take out whatever its inside your purse.

uishh nk kuarkan mmg byk harta dlm purse ni...ade kredit kad (cimb, maybank, bank rakyat, citibank), atm (cimb, pbb, mbb), ic, kad kuasa (kastam), ic naufal, kad toys 'r'us, driving licence, gmbr ibu n abah ms bercinta, medical card prudential,kad sspn naufal n duit rm102 je heheh....

4. Tagged other persons.

laman ameer yusuf
i_sofia
lilyazliyana
nieza ishak (juzers' family)
umi nuha
mama danish
aleesya safiya

rasanya dah ramai yg buat tag ni...klu sesape yg daku tag dh buat ..takyah le buat lg yer....

setelah sekian lama..tag dr eus

dah lama sebenornya dpt tag ni tp takde ms nk amik ari ni try jwb tag yg tlh diberi oleh kengkawan blog...

TAG WALLPAPER DRPD EUS

1) Anda perlu printscreen wallpaper anda yang tengah gune skang jangan tipu2 ek


2) Bagitau nape anda suke wallpaper anda itu..

wallpaper ni sentiasa berubah2 tp yg pasti mesti gmbr naufal je la heheh sebabnya bila tensen2 kerja tgk gmbr nopal sejuk je ati ....

3) tag 10 people...

tag ni dh lame sgt sume org dh buat so aku tak tag sesape la...tp klu ade yg sudi di alu2kan buat...

Monday, June 1, 2009

shopping baju naufal

ari sabtu plak ibu n abah bawa naufal shopping kat brand outlet, ikano. ibu mmg nk shopping baju raya utk naufal sbb bln dpn ibu akan mula berkursus selama 2 bulan so takut tak sempat nk shoppiing plak nnt. ibu pun sempat la beli beberapa baju kat situ tp x byk pilihan utk babay boy le kebykan baju bb girl je byk..
lepas jln2 kat ikano, ibu ajak plak abah pergi ke warehouse sale kt hytex, kepong tu. orang tak la ramai sgt cuma baju tak byk utk dipilih. ni 1st time ibu dtg tempat ni. punya la panas. naufal n abah tggu kt dlm kete je. yg ibu plg malas nak match kan baju dgn sluar..tensen tul..tp sebab dh dtg ibu beli la juga 3 pasang baju pooh...







baju pooh yg dibeli kat hytex...




baju yg dibeli kat brand outlet....

naufal & fawzan





hari jumaat lepas lps blk keje, petang tu naufal di ziarah oleh adik fawzan a.k.a putramama..saje nk bagi diorang berkawan2 heheh nnt dh besar senang sikit. naufal bkn main suka lagi main dgn fawzan cuma bila fawzan pegang mainan si naufal pun sibuk nak mainan tu jg padahal ari biasa tak main pun mainan tu...naufal ni la suka buat ibu malu je la..tapi ape pun ibu sgt suka dikunjungi oleh fawzan n mama dia..nnt free kita gi umah fawzan plak ye...