Followers

Wednesday, February 25, 2009

p hospital

esok (26/2/09) ibu nk bw naufal p ppum utk amik blood sample. inilah routine naufal sejak bulan pertama dilahirkan.sebulan sekali kn amik blood sample utk tengok perkembangan naufal sama ada seperti yg sepatutnya or ada mslh. naufal disahkan mengidap congenital hypothyroidism sejak dilahirkan. aku pn xtau wujud penyakit ni. Bila naufal disahkan br aku cuba dptkan sebanyak mgkn maklumat tentang penyakit ni sbg panduan.

Agak mengejutkan bila aku tau penyakit ni jika tdk dirawat akan mengakibatkan kecacatan dan bayi tidak berkembang normal. Patut la ms naufal mula lahir dulu dia tido je bangun minum susu pastu tido blk. lgsg x ambil peduli tentang persekitaran dia. Alhamdulillah selepas rawatan dengan mengambil pil thyroxine, naufal menunjukkan perkembangan yg positif..yg buat aku sedih naufal mgkn terpaksa bergantung dgn ubt tu utk sepanjang hidup dia..tu kata doktor la. memandangkan naufal masih bayi ujian lebih terperinci x boleh dijalankan. doktor kata bila naufal 3 thn br ble buat x-ray utk tgk sma ada dia mempunyai kelenjar tiroid.

dan seperti biasa aku terpaksa menahan sebak dengan aksi naufal setiap kali di ambil darah..menjerit dan melalak sekuat hati...dia tgk muka nurse dgn doc tu pun dia dh fobia..jgn harap nk senyum. tapi inilah ujian yg aku kena pikul dan semoga allah memberi ketabahn pd kami berdua. aku selalu berpesan pd diri sendiri walau naufal sakit tp sekurang2nya dia masih ble hidup mcm kanak2 lain. cuma perkembangan tu agak lambat berbanding baby lain...

ibu kena p kursus

hari ni (24/02/09) ibu dapat surat panggilan p kursus kat AKMAL Melaka selama 3 minggu mulai 9/03/09. Sebenarnya mmg dh lama ibu tau kn p kursus pun. Nampaknya naufal kenalah tumpang rumah nenek masa ibu berkursus. Serabutnya bila pikir nk berpisah dengan naufal. macam manalah nnt. naufal bkn pernah berpisah dgn ibu pun. dah la masih breastfeed. Naufal langsung xnk minim susu formula. dh mcm2 jenis susu ibu tukar, botol dgn puting jgn cerita la sume jenis ada. tapi naufal tetap xmau...jawabnya minum air putih je la ank ibu ni nanti...rungsing tul le!!!!
Naufal plak bla tidur mesti nk manja2 dulu dgn ibu...ble ke tdk dia tido nnt ni ...kesian kat nenek naufal ler, nk kena tahan tangisan naufal yang ble thn dasyat.....

apa2 pun ibu akan kuatkan semangat supaya kita berdua akn berjaya melalui saat perpisahan...cewah!!!